Friday, 7 October 2011

creditometro~


MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang 
mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan 
seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
MACHANG: “Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan
 SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam
 sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di
 Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil
 tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama
 menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan
 di sini manakala seorang lagi cedera.
Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam
 jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal
Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat
kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing
dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal
dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia
 (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan.

No comments:

Post a Comment

Hoho Angry Anime SmileyAnimated Superman Logo